CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 18, 2012

RAYA , IT'S WRONG !!!

Assalamualaikum :D

seperti yang kita tahu , lagi sehari je kita akan menyambut hari raya .
pasti semua dah tak sabar kan nk menyambut hari kemenangan kita ni .
dalam pada tu , rasa sedih juga menyelami diri untuk meninggalkan ramadhan .
semoga ramadhan kali ini adalah yang paling barakah yang kita hadapi .
dan semOga kita akan bertemu lg Ramadhan yg akn datang .
InsyaAllah ..

ok , muqaddimah xleh panjang sangat ~
jom kita tengok ape yang wrong sangat tajuk tu ?

kesalahan2 di hari raya !
1) LAGU
"indahnya sungguh dihari raya , ramainya org bersuka ria, 
adikku manis , cantik bergaya, BOLEHKAH ABANG IKUT BERSAMA"
dari lirik lagu hari raya je kita dah diajar cara yang dilarang dalam islam .
tanpa kita sedar .
2) SALAM 
asal jumpe orang je salam. asal raya je salam , asal salam je, raya.  ..
sampai dah x perasan dah lelaki ke perempuan ke , bantai salam jee . hari raya enn ..
dah dosa dah tu . hati2 ... jangan sebarangan je salam .
ingat ! matlamat tak menghalalkan cara !
3) TABARRUJ !
means , berlebih lebihan . baju volk gedebas gedebus ! meleret2 sampai sapu tanah .
kerongsang kalau boleh nak sama besar dengan tudung .
haishh ~ zaman moden ..
4) TIDAK MENUTUP AURAT
bile bulan ramadhan je , pakai tudung , tutup lah semua2 yang terdedah .
tapi bile sampai raya je , semua buka , dedah sana , dedah sini .
jarang sana , jarang sini .

5) BIG APPETITE !
yelah , sebulan tak makan , raya je , bantailah makan sampai kembung perut tu .
kire qada' makan lah tu . sampai angin pun tak dan nak masuk .
nauzubilllah .

6) BERMAAF-MAAFAN TAPI MENGUMPAT !
na'uzubillah..
"aku minta maaf la ye jozan . eyt , kau tahu ,
mak jemah tu kawen dengan si johan pendek tu ,
haisyhh .
 tak sesuai langsung aku tengok . bla bla bla blaaaa"
7) KUNJUNG-MENGUNJUNG TAPI TIDAK MENGUNJUNGI RUMAH ALLAH .
inilah yang selalu orang buat biasanyaaa .
pergi rumah makcik , pakcik , kawan2 , balik kampung sampai dah
 tak cukup tanah lah ziarah orang ,
tapi bile sampai nak buat SOLAT AIDILFITRI je ,
semua bagi alasan , "sakit perutlah mak" , "nak kemas rumah lah" ,
"kang nak tunggu orang datang rumah lagi" .
lagi2 bile solat fardu tiba , kemain susah nak luangkan masa bersama Allah .
nauzubillah ~

sesungguhnya kita telah banyak melakukan dosa di
HARI RAYA yang mulia ini .
smOga kita smua dapat m'hindari semua ini .
nasihat ini khususnya utk diri sendiri &
tak lupa juga rakan2 yang disayangi diluar sana .

jom sama2 muhasabah diri dengan semua perkara diatas .
ni baru sikit je , blom lagi dosa2 yang panjang2 tanpa kita sedari tu .
jom kita hindarkan yang sikit2 ni dulu kan kan :D

Wednesday, May 16, 2012

♥♥ nailah alfarafisyah ♥♥

SubhanaAllah, serikandi Islam, penyejuk mata, penawar di hati...

>> Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya, isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.

>> Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.

>> Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.

>> Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.

>> Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.
Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah mengahntar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.

>> Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.

>> Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".

>> Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. 

>> Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

>> Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya...