Muslimah merupakan golongan yang diciptakan oleh Allah SWT sebagai sayap kiri kaum Adam menjadi pembantu utamadalam perjuangan Islam. Penciptaan kaum Hawa yang sangat unik, mempunyai fitrah yang lemah lembut, emosinya tidakterjangkau, tiada siapa yang menyangka hikmah disebalik penciptaannya. Muslimah menjadi peniup obor semangat danpendokong dibelakang seorang tokoh atau mujahid yang bergelar kaum Adam. Peranan muslimah sebenarnya begitu pentingdalam membantu perjuangan Islam.
Jika direnungi kalam dari As-Syahid Syed Qutb, beliau menyatakan bahawa “kita akan merasa sempit seandainya kitamengatakan bahawa perjuangan ini kitalah yang memulakan dan mengakhirkannya. Tetapi kita tidak akan merasa sempitapabila kita yakin dan percaya bahawa kita adalah penerus kepada satu-satu perjuangan”.
Perjuangan Islam sebenarnya bukanlah terpundak taklifannya bahu kaum Adam sahaj namun muslimah juga bertanggungjawab menggalas amanahini bagi memastikan Islam semakin cepat menggapi daulah.
Firman Allah SWT “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruhberbuat baik dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah danRasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (surah Al-Taubah :71)
Melihat kepada realiti arus dunia modenisasi dan intelektual hari ini, ia mempamerkan imej masyarakat yang hanyut dan runtuh dibawa arus kealpaan.Pelbagai budaya barat seperti budaya hedonisme, budaya ikhtilat (pergaulan bebas) dan sebagainya begitu menular dalam masyarakat hari ini sehinggapeyakit ini sukar untuk dibendung.Oleh itu, kesedaran perlu dibenamkan di dalam diri muslimah supaya muslimah hari ini sedar tentang perananmereka dalam medan dakwah.
Oleh yang demikian,muslimah perlulah memperlengkapkan diri atau isti’dad (persediaan diri) sebelum terjun ke medan dakwah. Persiapan diri perlusupaya muslimah tidak kaku dan beku ketika berada di medan perjuangan. Justeru, muslimah perlu melunasi beberapa tip yang menjadi pemangkin kearah pembinaan jati diri muslimah yang berkredibiliti, diantaranya :
1) Ikhlas dalam melaksanakan amal islami
2) Meningkatkan kualiti tarbiah dan ketaqwaan
3) Menampilkan akhlak yang baik
4) Memiliki kekuatan fizikal dan mental
5) Memoptimumkan kualiti kerja
6) meningkatkan kualiti kemahiran
7) Melengkapkan diri dengan thaqafah turathi dan kontemporari
Selain itu, muslimah perlulah berani dalam menyahut cabaran dan berdepan dengan mehnah serta tribulasi dalam perjuangan. Hakikatnya sebuahperjuangan mana mungkin dihamparkan permaidani merah tanpa adanya duri-duri dipertengahannya. Sifat istiqamah juga menjadi kunci utamaseorang muslimah supaya kekal di jalan dakwah walau berhadapan dengan seribu satu mehnah dan tribulasi.
Mengimbau kembali perjuangan srikandi seperti Khaulah Bt Al Azwar, Khansa', Nusaibah Bt Ka'ab, Zainab Al Ghazali dan seumpamanya, mereka tidakpernah gentar melawan musuh dan terus istiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan Islam. Maka apakah kita sebagai muslimah tidak mampuuntuk menjadi seperti mereka? Jadikanlah srikandi Islam sebagai sumber inspirasi dalam kita meniti jalan dakwah yang beronak duri ini.
Muslimah mampu untuk berperanan dalam medan dakwah. Usah mencari atau mencipta alasan kerana Islam tidak pernah rugi andai kita tidakmenyumbang kepada Islam tetapi kita yang rugi kerana kita tidak memberi apa pun sumbangan untuk Islam. Jadikanlah kelembutan itu sebagaikekuatan bagi seorang muslimah untuk menggegar dunia hari ini. Kerana lembutnya air mengalir, sekeras batu berubah pepasir.



No comments:
Post a Comment