CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 16, 2012

♥♥ nailah alfarafisyah ♥♥

SubhanaAllah, serikandi Islam, penyejuk mata, penawar di hati...

>> Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya, isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.

>> Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.

>> Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.

>> Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.

>> Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.
Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah mengahntar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.

>> Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.

>> Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".

>> Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. 

>> Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

>> Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya...

CARA KENALI BARANGAN DIPERBUAT DARIPADA KULIT BABI

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.

Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.

Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan.

Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.

Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.

Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.

Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu.

3 titik tompokan itu seperti gambar di bawah adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk.

Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga.

Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda?

Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya?

Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.

InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya..

Friday, May 11, 2012

sebenarnya, aku Islam apa?

"Sejak bila kau beragama Islam?"alt
"erm.. aku Islam sejak lahir lagi."
Soalan mudah, jawapanpun ringkas. Begitulah pengakuan yang diberikan sekiranya kita dilahirkan oleh ibu bapa yang memang beragama Islam. Pengakuan 'aku Islam sejak lahir' itu sememangnya tidak dapat disangkal. Namun, sejauh mana kebenaran pengakuan yang hanya terbit dari bibir?
Mengaku Islam dengan bicara lidah semata-mata sebenarnya boleh meragukan. Lidah tidak bertulang, amat mudah digerakkan untuk menyusun kata sekalipun bertentangan dengan hal yang sebenar.
Fikir-fikirkan semula.. itu pengakuan lidah. Bagaimana pula dengan pengakuan hati kita? Bagaimana dengan pengakuan tindak-tanduk kita? Benarkah kita Islam sejak lahir?
Mari luangkan sedikit masa, rungkaikan persoalan-persoalan ini dengan mengimbau seketika kehidupan yang kita jalani sekarang ini. Adakah dalam kehidupan, kita benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup? Jawabnya mudah, sebelum dipersoalkan semua ajaran-ajaran Islam, periksalah solat kita dulu. Solat yang berkualiti merupakan antara bukti kukuh untuk membuktikan bahawa kita adalah penganut agama Islam.
Bagaimana keadaan solat kita? Adakah kita suka solat? Suka dan senang hati melaksanakan solat lima waktu sehari semalam tanpa sengaja dilewat-lewatkan?
Bagaimana pula dengan penjagaan aurat seperti yang telah digariskan dalam Islam? Adakah kita suka menutup aurat? Suka dan senang hati menjaga batasan aurat dengan sempurna?
Jawablah dengan hati yang terbuka..
Sekiranya jawapan kita adalah "tidak suka" atau "belum suka" , ketahuilah bahawa terdapat sedikit kesilapan dalam pengakuan keislaman kita sebentar tadi. Kita hanya mengaku dibibir tetapi tidak pada perbuatan.
Periksalah diri kita.. Kita tahu bahawa penganut Islam diwajibkan untuk melaksanakan solat dan menutup aurat, tapi mengapa kita abaikan? Mengapa kita masih melengah-lengahkan solat? Lebih teruk lagi, mengapa kita sanggup meniggalkan solat? Aurat pula, terdedah sana..terdedah sini.. tidak malukah kita? Penampilan imej kita kadang-kadang tiada beza dengan orang yang bukan Islam. Sama saja. Sama-sama tidak patuh dengan perintah Allah.
Entah bagaimana pula dengan peraturan-peraturan lain yang telah digariskan dalam Islam. Diamalkan secara keseluruhan atau separuh-separuh? Atau hanya diamalkan sekiranya ada kepentingan diri? Jawapannya ada pada diri kita. Nilailah..
Lalu kita Islam apa sebenarnya? Kita Islam apa?

Tidak lain tidak bukan, kita sebenarnya hanyalah 'ISLAM KEBETULAN'.
Ya.. kita menjadi Islam hanya kerana kebetulan.. Kebetulan dilahirkan dalam keluarga yang digelar Islam, lalu kita mengaku Islam sejak lahir. Namun, realitnya, ramai dalam kalangan kita hanya Islam pada nama atau status Kad Pengenalan Diri (IC).
Dalam erti kata lain, kita tidak memilih Islam sebagai cara hidup seratus peratus. Kita sanggup mengabaikan ajaran Islam walaupun lahir dalam keadaan Islam. kita bersikap memilih-milih dalam beramal. Ikut suka hati. Mana yang berkenan, itu saja yang di amalkan. Kalau hati tidak suka, ada saja alasan yang dicari untuk mengelak daripada mengamalkannya. Biasalah, Islam secara kebetulan.
Contoh yang jelas, apabila ditanya;
"Mengapa tidak tutup aurat?"
Rimas, panas, tidak selesa, ketinggalan zaman, belum ada niat hendak tutup aurat, hidayah belum sampai, dan macam-macam lagi alasan yang jelas menunjukkan bahawa ajaran Islam tidak menjadi pilihan dalam hidup. Malah ada yang beranggapan bahawa sesetengah daripada ajaran Islam tidak lagi relevan untuk zaman teknologi yang serba canggih ini.
Jika begitu, kita belum lagi layak digelar penganut Islam yang sebenar bukan?
Ya.. sememangnya belum layak.. belum layak..
Lalu siapa yang layak??
Penganut Islam yang sebenar, hanya layak disandarkan pada seseorang yang memilih untuk menjalankan kehidupannya selari dengan apa yang digariskan dalam Islam itu sendiri. Atas pilihan itu, Islam dilaksanakan dengan penuh taat dan rela hati, bukan terpaksa. Merekalah penganut 'ISLAM PILIHAN'.
Segala ajakan syaitan untuk mengikut ajaran-ajaran lain termasuk budaya negatif daripada barat, tidak dilayan malah dibuang sejauh-jauhnya. Mereka taat dengan perintah Allah ;
"wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
[2:208]
Golongan ini mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Mereka suka Islam. Islam dipilih sebagai cara hidup. Islam the best! Islam memang terbaik! Segala perintah dan larangan Allah di dalam Al-Quran ditaati tanpa bantahan walau sedikitpun. Diri, keluarga dan masyarakat dibentuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Cantik sungguh kehidupan mereka. Bahagia dengan ujian nikmat dan musibah.

Semuanya kerana apa?
Kerana apabila Islam sudah bertakhta di hati, Al-Quran akan diamalkan mengikut sunnah Rasulullah dan dijadikan kompas untuk mencari Syurga Allah. Islam betul-betul menjadi pilihan hidup. Bukan sekadar kebetulan.
Saudara-saudara seIslam semua..
ketahuilah bahawa, kita sangat beruntung kerana awal-awal lagi sudah ditakdirkan Islam. Islamlah sinar cahaya kehidupan yang tidak akan sama dengan yang lain. Maka buka dan lembutkanlah hati kita untuk menerima dan mengamalkannya. Andai dibiarkan hati kita jauh daripada ajaran-ajaran Islam, celakalah hidup kita bersama hati yang keras seperti batu. Sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT ;
"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." [39:22]
Oleh itu, sedarlah dengan peringatan tersebut. Periksalah keislaman kita sekarang.
Kita Islam apa?

ISLAM KEBETULAN atau ISLAM PILIHAN ?

Jawablah tanpa ragu dan rela hati. Tiada paksaan dalam memilih cara hidup. Apa yang pasti, kebenaran telah jelas, kesesatan telah jelas! pilihlah..
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh pada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
[2:256]
Kepada sesiapa yang kebetulan Islam, teruslah memilih Islam dalam mengendalikan kehidupan. Kepada sesiapa yang belum Islam, pilihlah Islam. Sekiranya Islam belum menjadi pilihan, nescaya kita akan rugi. Rugi serugi-ruginya di dunia dan di akhirat ! Allah sendiri yang janji..
"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."
[3:85]
Peringatan buat diri ini, jangan sampai kita bangga atau sibuk mengaku di bibir bahawa kita Islam, tetapi tindak tanduk kita jauh daripada Islam. Lalu kita mati dalam keadaan bukan mengamalkan Islam. Akhirnya, hidup kita di akhirat nanti bagaimana?
Nerakalah jawabnya! Na'uzubillahi min zalik..
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."
[3:102]
- Artikel iluvislam.com